Tuesday 15 November 2011

Renungan pemikir Islam..

Assalaamualaikum w.b.t. sahabat2...

apa itu Ulama'??
Semue ulama' hk mane hidup ni nk perjuangkan Agama Allah,kite pggil ye waris nabi..ambe caye kalian pham ape itu Islam,.dan kalian tgh cari sape hk bwk Islam sbenarnya ork..kalu ad nape2 kurang pd ulama'2 @ sistem yg nk naikkan Islam, kite same2 bg idea utk melonjakkan Islam..kalu kite main tuduh2,fitnah2...sapa bile xslesai ork...kite same2 tlong Islam,xmboh ada antara kita hk paham Islam ni plok hk sekat perkembangn Islam..kite kaji same2 puok mane hk betul2 sygkn Islam, kite duduk same2 semeja bincang gane nk perjuangkan Islam..igt, kite bersatu atas dasar aqidah, bkn atas dasar kaum@bangsa..
ni renungan utk diri ambe n sape2 hk bace je la..
bkan nk kabor hebat ilmu,nau'zubillah..cume nk share hk ape yg ambe pham je la..trime kasih..

Thursday 3 November 2011

Mengapa kerajaan izin Seksualiti Merdeka?


| Print |
source: Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 3 Nov: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mempersoalkan kenapa pihak kerajaan telah membenarkan program Seksualiti Merdeka sejak 2008 lagi.
Justeru, Mapim mendesak Perdana Menteri tidak perlu menyenangkan hati golongan sekular dan liberal Barat hanya  kerana mahu mendapat sokongan mereka.
“Ketegasan terhadap nilai dan dasar negara mesti dipertahankan tanpa rasa terikat dan tertekan,” kata setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) kepada Harakahdaily.
Katanya, Mapim tidak menolak pihak berkuasa menggunakan pendekatan yang bijak untuk mencegah kemungkaran seks bebas, tetapi ia tidak boleh sama sekali bermaksud menerima perlanggaran undang-undang Islam  sebagai hak .
Azmi menegaskan pihaknya  membantah keras penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011.
Katanya, ini jelas dinyatakan oleh salah seorang pengasas Seksualiti Merdeka, Pang Khee Teik bahawa festival itu bertujuan untuk menyokong dan memperkasa (empower) golongan lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT).
Katanya, walaupun Khee Teik menyatakan acara tersebut bukan untuk mempromosi homoseksualiti namun jelas penganjur mahu mengenengahkannya sebagai suatu kebebasan dan hak peribadi.
Ujarnya, mereka mendakwa negara ini mengamalkan diskriminasi ke atas golongan tersebut.
Tegasnya, Mapim menolak dengan tegas alasan Majlis Peguam supaya hak LGBT diketengahkan atas nama demokrasi.
Katanya, mengutip kenyataan Perdana Menteri bahawa Malaysia adalah negara yang ‘progresif dan liberal’ tidak boleh dijadi alasan untuk perlakuan yang melanggari akhlak yang ditetapkan oleh Islam dibolehkan.
“Kami ingin menegaskan sesebuah negara berdaulat seperti Malaysia berhak untuk meletakkan nilai dan asas undang-undangnya mengikut peruntukkan Perlembagaan. Ia tidak boleh dilihat sebagai suatu penderaan atau ketidakadilan hanya kerana ia tidak selaras dengan budaya hidup Barat,” katanya yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras).
Katanya, sikap liberal dan membiar budaya yang bertentangan dengan nilai dan adat resam rakyat Malaysia telah mengakibat kumpulan sekular-liberal Barat tidak henti-henti meneruskan kempen mereka supaya Malaysia turut memasukkan ke dalam polisi awam dan undang-undang negara mengenai hak kumpulan LGBT berkenaan.
Beliau berkata, Mapim menegaskan bahawa tuntutan golongan itu seperti yang terbayang dalam beberapa acara yang terkandung dalam festival tersebut adalah bertentangan dengan adab dan nilai akhlaq yang ditekankan oleh Islam.
Mapim juga, ujarnya kesal dengan Majlis Peguam yang turut terlibat dengan penganjuran  program tersebut.
“Apa urusan Majlis Peguam untuk terlibat melaksnakan kempen supaya Malaysia merombak polisi awam dan undang-undang Malaysia termasuk undang-undang Islam atas nama hak asasi manusia?” soalnya.
Katanya, peguam Muslim dalam Majlis Peguam perlu bersuara supaya hal yang menyentuh persoalan dan kedudukan undang-undang Islam serta kebebasan mengamalkan gaya hidup yang bertentangan dengan budaya hidup Islam yang didokong oleh Majlis Peguam hendaklah dibantah.

Tuesday 1 November 2011

Dunia Kembali kpd Zaman Jahiliyyah!

Festival Seksualiti: Jangan tunggu laknat Allah
Source: Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 2 Nov: Festival Seksualiti Merdeka 2011 (Queer without fear) yang sedang berlangsung mulai semalam sehinggalah 13 Okt 2011 merupakan bukti terbaru kecelaruan identiti dalam kalangan belia semakin meruncing dan berada pada tahap yang membimbangkan umat Islam.
Demikian kata Ketua Wanita dan Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Norsaleha Mohd Salleh dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, pada minggu lepas masyarakat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman tentang 6 juta belia Malaysia yang mengalami krisis identiti.
“Dakwaan ini telah mendapat liputan yang meluas daripada akhbar arus perdana termasuklah juga perbagai saluran radio dan televisyen yang mengupas isu ini dengan menjemput berbagai-bagai tokoh belia menjawab dan mengupas isu kecelaruan identiti ini,” katanya.
Ini, ujarnya menunjukkan wujud usaha yang secara sengaja dan terancang sedang bergerak secara rancak mempromosi idea liberalisasi dan normalisasi dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti kesamaan gender, gay, lesbian dan homoseksual secara terang-terangan di Malaysia.
Katanya, kumpulan itu bergerak secara berani dan terang-terangan melalui slogan human right (hak asasi manusia).
Justeru, tambahnya Isma berharap pihak berkuasa mengambil cakna kepada bahaya yang sedang menanti semua lapisan masyarakat.
“Jangan kita tunggu laknat Allah Taala turun kepada seluruh penduduk Malaysia barulah kita membuka mata dan sedia untuk mengkaji semula lesen yang diberikan,” ujarnya .
Isma juga, katanya menyeru kepada masyarakat Malaysia yang berbilang-bilang agama dan etnik untuk beramai-ramai menolak budaya songsang yang dibawa oleh golongan itu.
Beliau menambah, budaya songsang ini tidak pernah menjadi ajaran mana-mana agama termasuklah  ajaran Kristian, Hindu, Buddha.
Jelasnya, Islam sebagai agama yang mempunyai paling  ramai penganutnya di Malaysia menolak sekeras-kerasnya budaya songsang yang tidak bertamaddun itu.
Katanya, kegilaan kepada budaya gay, lesbian, pengkid dan kebebasan seks ini bukan sahaja ancaman kepada anak-anak dan generasi akan datang tetapi bahaya yang telah melanggar jati diri negara yang tertegak di atas nilai-nilai agama dan moral yang tinggi.
“Sekiranya budaya ini tidak dibanteras sekarang, tidak mustahil suatu masa nanti rakyat Malaysia berkemungkinan mempunyai Perdana Menteri daripada golongan gay atau Perdana Menteri yang merupakan anak bukan sah taraf.
“Apakah itu yang kita mahu,? soalnya.